Bisnes Mobile spa adalah salah satu cara atau trend business terkini. Sesiapa sahaja boleh melakukan bisnes ini, tak kira samada pelajar atau surirumah – semua orang boleh buka bisnes gosok-gosok ini yang tanpa perlu kedai, pengalaman atau kemahiran dahulu.


1) Kembangkan jalur bisnes anda dan perkenalkan perkhidmatan atau promosi– contohnya warna, saiz atau stail yang akan beri anda ruang untuk sampai pada lebih ramai pelanggan.


2) Tingkatkan pemasaran dan pengiklanan anda untuk tarik lebih ramai pelanggan dan keuntungan lebih tinggi dari sedia ada. Anda tidak boleh hanya bergantung kepada FB Ads, dan segala cara online marketing sahaja. Gunakan kepakaran dan rujuk Mentor Anda selalu.


3) Duplikas kemahiran, latih protege untuk urus bisnes anda jika anda dah tak cukup tangan dan kaki untuk uruskan kedai anda. Anda takkan mampu nak uruskan 4-5 kawasan dengan kudrat anda sendiri. Mulakan langkah dengan latih mereka sehingga berkemahiran – untuk duplicatekan diri anda.


4) Berhenti kerja untuk tumpukan perhatian penuh pada bisnes mobile spa anda. Ini penting! Ramai pemilik bisnes ini adalah masih bekerja, bila anda dah mampu duplikasi kepada 5-6 orang protege dan income anda dah jauh lebih tinggi dari gaji bulan-bulan, berhentilah kerja! Janganlah tamak sangat! Biar bagi peluang kepada orang lain pula untuk bekerja dan ambil gaji anda.


Tips untuk kekalkan aliran masuk pelanggan dan tingkatkan peluang untuk mereka ulang servis dengan anda, anda perlu refresh kedai online pada setiap beberapa bulan. Kemaskini kandungan, gambar, skema warna, dan imej visual kedai malah perbaharui semula tawaran-tawaran anda.


Anda juga boleh buat promosi ‘sempena’ – contohnya Sempena Hari Ibu, Hari Ayah, Hari Raya, dan macam-macam lagi. Dan bertepatan dengan musim-musim cuti itu, dekorasikan kedai maya anda mengikut temanya.


Promosi boleh di lancarkan bila tibanya musim cuti. Pengurangan harga, mahupun pemberian hadiah percuma, tawarkan saja pada mereka. Ini adalah strategi pantas, mudah dan terbukti untuk lonjakkan bisnes anda, asalkan tawaran anda berbaloi dan tidak mengelirukan.


Kunci utama untuk pastikan kedai maya anda sentiasa hidup ialah dengan memahami bahawa kedai anda perlu sentiasa dikemaskini dan bukan statik saja. Ubah sedikit di sana sini untuk lebih segar dan rasa baru.


Tapi jangan pula terburu-buru dalam membuat perubahan. Rancang dan ikut pelan anda. Sebelum ubah sesuatu, pastikan anda tahu kenapa anda ubah, apa matlamat perubahan itu dan apa kesan perubahan pada pelanggan anda. Pelanggan anda adalah nadi anda.


Berikut adalah nota tambahan untuk anda tentang bagaimana untuk kembangkan lagi online bisnes anda:


1) Pastikan apa yang anda post itu sesuai dan berkaitan dengan perkhidmatan anda. Ataupun, sediakan satu seleksi premium perkhidmatan yang berkualiti. Janganlah dah elok-elok iklan kecantikan pergi tambah jual tudung pula!


2) Tingkatkan kualiti gambar. Ubah stail fotografi anda.


3) Luaskan target pelanggan anda. Buat iklan berasingan untuk dua target ini – baru dan lama. Anda mungkin dah boleh buat online marketing menggunakan Bahasa Inggeris untuk tarik pasaran antarabangsa.


5) Tingkatkan pelaburan online untuk iklan berbayar anda.


6) Ramaikan lagi protege lain untuk bersama dalam platform mobile spa business. Tapi ingat, jika anda ingin ajar mereka, pastikan anda ajar semua kemahiran dan teknik marketing yang anda miliki.


Mana-mana dari tips ini, jika anda berjaya lakukan, anda juga yang mendapat manfaatnya. Jadi, selamat mencuba!


"Percaya dahulu, miliki kemudian"


Anda haruslah sentiasa berdamping dengan mentor.. mereka mempunya pelbagai kemahiran yang mungkin lebih mudah untuk anda corakkan perjalanan career ini😍